PRU-15

DAP Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu, Islam Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 25 November 2022 – “Memandangkan Democratic Action Party (DAP) bersama Kerajaan baharu ini, saya mencadangkan mereka juga memohon maaf kepada masyarakat Muslim juga Melayu negara ini seperti yang mereka telah lakukan permohonan maaf kepada GPS di Sarawak.”

“Ini diharapkan dapat meredakan perasan masyarakat majoriti negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan Masyarakat Melayu negara ini.”

Kenyataan saranan itu dikeluarkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpandangan, parti tersebut perlu melakukan permohonan maaf terhadap orang Islam dan bangsa Melayu memandangkan mereka akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk selepas ini.

Namun, kenyataan tersebut memaklumkan, jika DAP enggan bertindak sedemikian, maka mereka kelihatan sama sahaja dengan identiti DAP yang umat Islam resah dan tolak sebelum ini.

Dalam pada itu, mufti tersebut berkata, demi keharmonian negara ini, eloklah parti lain dan semua pihak memberikan ruang dahulu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 ini melaksanakan agenda pemerintah beliau.

“Selagi tiada zahir kemungkaran atau mafsadah ke atas rakyat, tiada alasan untuk sesiapa membantah atau mengganggu pemerintahan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: