PRU-15

Ahli DAP Tiada Rancangan Dedah Aset – Loke

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 11 November 2022 – Democratic Action Party (DAP) tiada rancangan untuk mewajibkan calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk mengisytiharkan harta mereka, kata Setiausaha Agung parti, Loke Siew Fook.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang terpilih dikehendaki berbuat sedemikian selaras dengan amalan yang telah dilaksanakan oleh DAP itu sejak sekian lama.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bertindak mendedahkan asetnya serta menyeru calon parti-parti lain untuk mengikuti jejaknya mengisytiharkan harta.

Hal ini kerana katanya pengisytiharan harta ini cukup penting bagi melawan perasaan sinikal dan sinis daripada pengundi muda.

Tindakan itu turut disusuli dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang turut melakukan pengisytiharan harta dan dikatakan memiliki aset bersih bernilai RM 11.17 juta.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof turut mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM2.54 juta.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Eksekutif Center to Combat Corruption & Cronyism, Cynthia Gabriel, pengisytiharan aset adalah penting bagi memastikan akauntabiliti awam.

Senada dengan beliau ialah mantan Presiden Transparency International Malaysia, Akhbar Satar yang mengatakan bahawa pengisytiharan harta ini mampu meningkatkan kredibiliti serta integriti calon.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: