Politik

Kerajaan Meterai MoU Dengan Pakatan Harapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – Perdana Menteri Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan sebentar tadi.

MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Selain itu, tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

“Memorandum ini, membentuk satu kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini,” demikian menurut kenyataan media Perdana Menteri.

Tambahnya, “Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.”

Menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu PKR, Saifuddin Nasution, “Pakatan Harapan bersetuju menandatangani MoU dengan Kerajaan kerana ia berkaitan kerangka utama menangani COVID-19, transformasi Parlimen dan governan.”

Sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan ini diadakan di Dewan Banquet Parlimen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: