Bantuan Khas Aidilfitri Buat Pesawah Dan Nelayan
PUTRAJAYA, 30 Mac 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan seluruh negara baru-baru ini.
Menurut siaran media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu berkata pemberian bantuan khas bernilai RM200 kepada pesawah dan nelayan dijangka bakal memanfaatkan seramai 240,000 orang pesawah dan 38,500 nelayan tanah air.
“Ini adalah tambahan daripada bantuan yang telah diberikan sebelum ini termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM300 sebulan dan sumbangan tunai kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga (3) bulan atau semusim,” memetik siaran media itu.
BACA JUGA: Kedah Bakal Dilanda Puting Beliung
BACA JUGA: Jalan Utama Ipoh-Butterworth Bakal Dinamakan ‘Jalan Tun Dr S Samy Vellu’
BACA JUGA: Modul Hafazan Yayasan Pahang Jadi Panduan – KKDW
Kementerian tersebut menyambut baik pengumuman Anwar kerana ia membuktikan keprihatinan Kerajaan menjaga nasib pesawah dan nelayan selaras dengan misi Malaysia MADANI.
KPKM juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memastikan kebajikan pesawah dan nelayan terjamin dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian meningkat ketika ini.
Pihak mereka turut berharap agar bantuan yang diberikan ini dapat membantu golongan berkenaan membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.