Tempatan

Pemberian Baucar Buku Bernilai RM100 Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 – Pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat institusi pengajian tinggi akan mula disalurkan pada jam 2 petang, hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

“Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

“Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya,” kata beliau.

Berikutan daripada itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPKT) untuk menyediakan format tuntutan baucar tersebut agar ia dapat dimanfaatkan pengunjung PBAKL 2024 yang bakal berakhir pada Ahad ini.

“Saya juga menganjurkan supaya (dibuat) senarai judul tertentu agar sebahagian peruntukan baucar itu digunakan untuk membeli buku yang diusulkan dan sebahagian lagi diberi kelonggaran bagi anak-anak memilih sendiri. Kenapa saya buat begitu… kerana mengikut amalan lalu, buku dipilih (anak-anak) adalah buku picisan yang tidak bernilai.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru agar anak-anak dilatih untuk membaca, mencintai ilmu serta menentukan yang mana adalah informasi dan ilmu, seterusnya mempunyai keupayaan untuk menyaring apa yang disebutkan sebagai ilmu makrifah atau kebijaksanaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: