Tempatan

Nelayan Perlu Usaha Sendiri Untuk Keluar Dari Cengkaman Orang Tengah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Julai 2022 – Nelayan di seluruh negara perlu berusaha sendiri untuk keluar daripada cengkaman orang tengah jika mahu menikmati kehidupan yang lebih baik.

Lapor Utusan Malaysia, Abdul Hamid Bahari, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) memaklumkan bahawa para nelayan bebas untuk memilih sekiranya tidak mahu terikat dengan kartel dalam industri perikanan.

Ujar beliau, hampir 80 peratus nelayan pantai sudah keluar daripada kepompong kesusahan dengan membuat pemasaran sendiri, selain dibantu pihak Kerajaan dengan peruntukan subsidi.

“Mereka boleh membuat pinjaman dengan Agro Bank yang disediakan kerajaan melalui peruntukan besar sekaligus tidak perlu lagi berhutang dengan kartel,” kata Abdul Hamid.

Selepas Kerajaan membangunkan lebih 140 Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) seluruh negara, kehidupan ribuan nelayan khususnya di pantai berubah. Kompleks tersebut dibangunkan bagi membantu para nelayan menjual sendiri hasil tangkapan mereka tanpa orang tengah.

“Memang diakui ada Kompleks LKIM yang tidak berfungsi seperti di Kuala Perlis, Kuantan, Kuala Kedah dan Kuala Selangor kerana ada antaranya tempat tidak strategik tidak sesuai dengan pendaratan bot, tapi kita akan corakkan semula strategi itu dan pulihkan supaya ia lebih berkesan selepas ini,” jelasnya.

Samudera.my sebelum ini melaporkan penindasan yang terjadi terhadap para nelayan dan pengguna pula menjadi mangsa dalam peningkatan harga barang berikutan sikap kartel-kartel atau pemain industri dalam sektor perikanan yang mengawal harga hasil laut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: