Tempatan

CPTPP Akan Tambah Derita Petani – PeSAWAH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – “Sudah pasti CPTPP ini akan menambah lagi derita kepada golongan-golongan petani yang sebelum ini masih lagi belum selesai isu-isu berbangkit: isu potongan padi, isu harga benih padi, kos yang meningkat,” tegas Abdul Rashid Yob, Exco Tugas-Tugas Khas Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) apabila ditanya kesan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) ke atas para petani dan pesawah di Malaysia.

Ujarnya, kemasukan CPTPP akan mengehadkan lagi atau menghalang petani untuk berkongsi dan juga untuk menyimpan benih sekali gus akan menambah lagi penderitaan yang dihadapi sekarang ini.

BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH

BACA JUGA: Akar Umbi UMNO Belum Terima Anwar, DAP – Penganalisa

BACA JUGA: Islamofobia Senjata Kebencian Untuk Merampas Hak Pemerintahan Muslim

Menyentuh mengenai kesan buruk CPTPP, Abdul Rashid berkata, “Kesan buruknya apabila saya katakan tadi lambakan dari luar akan banyak dan kita akan berdepan dengan saingan yang kuat dengan kuasa-kuasa besar. Petani yang rata-ratanya kurang marhaen terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang datang ke Malaysia untuk apa yang boleh kita katakan mengaut sedikit kita punya kekayaan ataupun kita punya peluang-peluang yang ada di sini, direbut habis oleh orang-orang luar.”

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan Dasar Agromakanan Negara yang lebih membantu rakyat di negara ini.

“Dasar Agromakanan Negara banyak mengangkat usahawan-usahawan kecil bumiputera dan sebagainya. Kenapa kita tak follow Dasar Agromakanan Negara dan cuba capaikannya? Kenapa kita nak pergi ke benda lain tapi tak laksanakan dasar yang kita tengok dah ok, tapi pelaksanaan implementasinya itu, persembahannya ataupun kita kata presentasinya, ke mana hala tujunya?”

“Pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara banyak akan membantu kita punya sosioekonomi dan sekuriti makanan untuk rakyat. Apa guna kita letakkan satu dasar yang tinggi, tetapi kita ambil solusi yang lain,” soalnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: