Tempatan

Akar Umbi UMNO Belum Terima Anwar, DAP – Penganalisa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – Akar umbi UMNO kini dikatakan masih lagi belum menerima Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu parti Democratic Action Party (DAP) sebagai sekutu di dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Penolong Profesor Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syaza Syukri, satu pertiga daripada ahli UMNO masih ragu-ragu untuk bekerjasama dengan PH dalam mentadbir negara selepas beberapa dekad mencemuh DAP dengan pelbagai tuduhan.

BACA JUGA: PrEP: Suami Pengamal Homoseksual, Isteri Terpaksa Makan Ubat Sepanjang Hayat

BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

BACA JUGA: Ayam Malaysia Suka Bertelur Untuk Pasaran Eksport Berbanding Pasaran Domestik?

Senada dengan beliau, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berpendapat walaupun ahli UMNO memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran semasa dan selepas ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memuji DAP semasa perhimpunan agung parti, penerimaan di kalangan ahli parti masih tidak menentu.

“Mereka masih belum bersedia, bukan sahaja bekerjasama dengan DAP malah bersama DAP dengan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.”

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kartini Aboo Talib pula mengulas, tindakan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi di dalam parti UMNO adalah mesej jelas bahawa Presiden mahu terus memperkukuhkan hubungan dengan PH.

Baru-baru ini, satu usul supaya dua jawatan tertinggi iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan telah dicadangkan dan diluluskan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Walau bagaimanapun, peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi menegaskan walaupun penyokong usul tersebut menganggap usul tersebut sebagai usul tambahan atau pindaan usul, tetap tidak sah kerana ia dikemukakan secara salah dan sepatutnya ditolak oleh Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: