Tempatan

CPTPP: Perjanjian Pangkor 2.0 Bantut GLC Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Perjanjian ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) berpotensi membantutkan perkembangan GLC tempatan berikutan terdapat dua perkara utama di dalam perjanjian tersebut walaupun terdapat beberapa pengecualian bagi negara ini.

Penjanjian tersebut dapat mengehadkan bantuan yang sepatutnya dapat diterima oleh GLC daripada pihak Kerajaan seperti perkara yang melibatkan geran, pengampunan hutang, pinjaman pada kadar yang menggalakkan, jaminan pinjaman, ekuiti dan beberapa perkara lain.

BACA JUGA: ADUN Cadang Ladang Babi Berpusat Di Wilayah Tengah Sarawak

BACA JUGA: Filem Pulau: Tidak Perlu Kaji Semula, Tiada Unsur Lucah

BACA JUGA: YDPA & Raja Permaisuri Sempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kapten Kepada Pemangku Raja Pahang

Walaupun negara ini mempunyai beberapa pengecualian namun ianya adalah terhad dan masih dapat memberi kesan kepada GLC tempatan.

Misalnya, buat masa ini, 100 peratus daripada jumlah perolehan untuk dikongsi di antara sektor Bumiputera, PKS serta firma yang terletak di Sabah dan Sarawak. Namun menerusi perjanjian CPTPP ini, dibimbangi hanya 40 peratus nilai maksimum yang akan dapat dikongsi di antara mereka.

Perkara ini akan menatijahkan kepada peningkatan persaingan dalam kalangan syarikat-syarikat tempatan untuk mendapat perolehan GLC yang semakin mengecil.

Disebabkan perkara-perkara yang disebutkan, maka perjanjian ini turut dilihat oleh beberapa pihak sebagai sesuatu yang dapat menyamai Perjanjian Pangkor yang dipaksakan kepada pribumi negara ini suatu ketika dulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: