Tempatan

ADUN Cadang Ladang Babi Berpusat Di Wilayah Tengah Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIBU, 20 Januari 2023 – ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng mencadangkan agar ladang babi dipusatkan di wilayah tengah Sarawak, lapor sebuah berita tempatan.

“Saya telah berbincang dengan penternak babi di wilayah tengah tentang bagaimana kita boleh memusatkan industri penternakan babi,” kata beliau dalam Majlis Makan Malam dan Tahun Baru Cina, semalam.

BACA JUGA: Trailer Filem “Pulau” Tidak Sesuai Untuk Tayangan – Menteri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Pahang Dedah Senarai ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ Palsu

BACA JUGA: CPTPP: Bakul Sampahkan Agenda Bumiputera

Katanya, cadangan itu adalah bertujuan untuk mencegah penularan demam babi Afrika (ASF) yang baru-baru ini menular di Pulau Pinang.

Malah, beliau juga telah membincangkan perkara tersebut dengan Jabatan Tanah dan Survei.

“Saya perlu menyampaikan mesej mereka kepada kementerian berhubung pemusatan ladang babi supaya kita dapat mengelak demam babi Afrika,” ujarnya lagi.

Memetik kepada berita itu, kebanyakan ladang babi di daerah tersebut telah pun ditutup selepas terjejas oleh ASF dan ketika ini, mereka mendapatkan bekalan daging babi dari Kuching.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika (ASF) ini sebagai bencana di negeri itu berikutan jangkitan penyakit terbabit di lima ladang komersil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: