CPTPP: Beri Impak Besar Kedaulatan Ekonomi Negara
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Muhammad Fared Hassan dari Akademi Watan mengatakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.
“Untuk rakyat Malaysia yang belum lagi aware tentang isu ini, kena baca, kena tengok video, kena tengok artikel yang berkaitan sebab dia ada impak yang besar pada ekonomi negara,” pesannya kepada rakyat Malaysia yang masih belum cakna akan isu CPTPP ini.
BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini
BACA JUGA: Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand
BACA JUGA: Zaman Pendakwah ‘Pembangkang Kerajaan’ Sudah Tamat – Menteri Agama Saudi
Beliau yang bersama-sama dengan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dalam memperjuangkan isu CPTPP ini berkata, Malaysia bukan negara sasaran buat golongan kapitalis yang menggunakan kekuatan dana mereka untuk menguasai ekonomi negara ini, di mana masih ramai rakyat marhaen yang harus dilindungi kepentingannya.
“Masih ramai lagi terutamanya rakyat marhaen, peniaga dan petani yang kita harus lindungi kepentingan mereka.”
“Jadi ini adalah kesan jangka panjang yang menjangkaui beberapa generasi,” jelasnya.
Demikian itu, beliau menyeru Kerajaan yang mentadbir ketika ini untuk melihat serta mengkaji malah berhati-hati dengan keputusan yang dibuat berhubung isu ini.
“Tidak perlu kita rush dalam sesuatu benda yang akan membawa masalah yang besar kepada generasi yang akan datang,”
Sebelum ini, Exco Tugas-Tugas Khas Persaudaraan Pesawas Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob dalam kenyataannya berkata, CPTPP ini akan menambah lagi derita kepada golongan petani di mana mereka akan bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang datang ke Malaysia.
Senada dengan beliau ialah Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa yang turut membantah CPTPP ini kerana ia akan mengancam lebih kurang 1.15 juta Small Medium Enterprise (SME) di negara ini.