Tempatan

CPTPP: ISDS, Malaysia Berpotensi Disaman Berbilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Malaysia berpotensi disaman berbilion ringgit sekiranya didapati melanggar mana-mana peraturan perjanjian Comprehensive and Progressive Trans-Pacific Partnership (CPTPP) melalui mekanisme Investor-State Dispute Settlement (ISDS).

ISDS merupakan sebuah mekanisme arbitrasi di antara pelabur dan kerajaan, di mana arbitrasi ini adalah merupakan arbitrasi swasta yang mana ianya diadili oleh para peguam swasta yang dilantik sebagai ‘arbitrator’ yang bertindak seperti hakim.

BACA JUGA: Teks Perlembagaan BM: Tidak Sah Tanpa Persetujuan Sabah, Sarawak – Wilfred Madius Tangau

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Krisis Telur Berbulan-Bulan, Adakah Ayam Malaysia Sudah ‘Mandul’? – PPIM

ISDS ini adalah bersifat sehala, di mana ianya boleh digunakan oleh para pelabur untuk menyaman pihak kerajaan. Namun kerajaan sama sekali tidak berpeluang untuk membuat tindakan saman ke atas para pelabur melalui mekanisme ini.

Jika kes saman tersebut dimenangi oleh pelabur maka kerajaan akan dikehendaki untuk membayar pampasan serta kos guaman pelabur, manakala jika pelabur kalah pada saman tersebut, tiada sebarang bayaran pampasan yang akan dikenakan terhadap pelabur dan kerajaan tidak akan menerima sebarang pampasan.

Kesannya, para pelabur akan menggunakan mekanisme ini untuk menyaman sesebuah kerajaan bagi menuntut kerugian apabila terdapat mana-mana tindakan yang dianggap sebagai dasar baru ataupun ‘change of policy’ yang merugikan para pelabur.

Sebagai contoh, Pakistan pernah dihukum untuk membayar sejumlah wang yang besar kepada sebuah syarikat perlombongan Australia yang sebenarnya masih lagi belum memulakan operasi mereka. Namun berikutan lesen syarikat tersebut dibatalkan, Pakistan terpaksa membayar sejumlah $5.9 bilion, yang mana daripada jumlah tersebut, $1.8 bilion daripadanya adalah merupakan faedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: