Tempatan

Demo Bantah CPTPP, Kerajaan Jangan ‘Jual’ Negara!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Januari 2023 – Sebuah perhimpunan aman sedang berlangsung di perkarangan Kompleks Seri Perdana Putrajaya pagi ini membantah ratifikasi CPTPP oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Puluhan wakil kumpulan NGO yang diketuai oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kelihatan berkumpul bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri.

BACA JUGA: CPTPP: Bakul Sampahkan Agenda Bumiputera

BACA JUGA: CPTPP, ICERD & Triti-Triti Antarabangsa: Bentuk Campur Tangan Kuasa Luar Di Alaf Baru?

BACA JUGA: CPTPP: ISDS, Malaysia Berpotensi Disaman Berbilion

Terdapat beberapa NGO yang menaikkan kain rentang antaranya mengesa agar Kerajaan tidak ‘menjual’ negara.

Ada juga yang mengasaskan bahawa CPTPP kelak hanya menguntungkan pelabur asing dan warga tempatan bakal dianaktirikan.

Arbitrasi yang diguna pakai CPTPP seperti ISDS juga dilihat bakal membawa kerugian berbilion ringgit kepada Kerajaan dan rakyat negara ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia komited untuk melaksanakan CPTPP malah tiada penilaian semula berhubung perjanjian tersebut.

Malah, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah pun menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import di bawah perjanjian tersebut dapat diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: