NGO

CPTPP: MITI Gagal Lindungi Hak Rakyat, NGO Desak Jumpa PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Gabungan Kedaulatan Negara iaitu nama yang digunakan oleh NGO-NGO, akademik dan aktivis yang membantah perjanjian antarabangsa amat kecewa dengan keputusan MITI untuk meneruskan CPTPP tanpa menangani impaknya yang akan menjejaskan kedaulatan negara dan rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan kami.

MITI gagal melindungi hak rakyat dan hanya mementingkan perdagangan antarabangsa.

Justeru itu Gabungan Kedaulatan Negara sekali lagi ingin menyampaikan memorandum kepada PM YAB DS Anwar Ibrahim agar mengambil alih tugas penilaian dan keputusan penyertaan Malaysia dalam CPTPP ini kerana skop perjanjian ini bukan sahaja perdagangan tetapi sangat luas sehingga menjejaskan pelbagai aspek kehidupan rakyat.

Maka Gabungan Kedaulatan Negara akan hadir untuk menyampaikan memorandum kepada YAB PM seperti berikut;

Oleh itu, satu rombongan penyerahan surat dan kompilasi memo akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Tarikh: 19 Jan 2023
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

https://goo.gl/maps/oAnUqKBrvQYUCctU9

Pihak media dijemput untuk hadir dan memberikan liputan isu ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En Azlan Awang – 019-280 9529,
Yoke Ling – 012-376 8858
atau Sivarajan – 010 2580455

Sekian, terima kasih.

Gabungan Kedaulatan Negara

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: