Tempatan

“Tak Ada Satu Pun Pegawai GLC Tahu Apa Itu CPTPP”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman menyuarakan kegusarannya apabila pegawai-pegawai yang berada dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) langsung tidak mengetahui apa itu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP)

“Saya tanya pegawai-pegawai yang di GLC, tak ada satu pun tahu apa itu CPTPP.”

BACA JUGA: CPTPP: ‘Kenapa Ditandatangani Secara Diam-diam?’ – Aktivis PPIM

BACA JUGA: CPTPP: Isu Halal Toyyiban Akan Jadi Tak Sampai 100%

BACA JUGA: CPTPP: Pelabur Asing Boleh Guna Alasan Diperdaya Kerajaan Malaysia

Perkara ini menurutnya sekali gus menunjukkan satu pengkhianatan kerana golongan yang akan terkesan dengan perjanjian ini langsung tidak tahu apa itu CPTPP.

“Sedarkah semua bahawa dengan menandatangani dan meratifikasi CPTPP kita ada satu timeline yang akan mengurangkan kebolehan kita untuk mengawal siapa yang dapat procurement apa yang dalam Kerajaan.”

“Kita telah menandatangani satu perjanjian yang cukup menyeluruh tetapi mereka yang akan terkesan tidak tahu apa yang akan berlaku. Dan ini adalah pengkhianatan, satu benda yang berbahaya kerana ia mengulangi apa yang terjadi dalam Perjanjian Pangkor dahulu. Kita sign, ratusan tahun kita dijajah, sedangkan kita ingat kita masih berdaulat.”

Atas sebab itu, beliau memohon wakil-wakil rakyat yang mewakili dan memperjuangkan agenda kepentingan Melayu dan Bumiputera untuk mengkaji semula Perjanjian CPTPP ini.

“Saya minta wakil-wakil rakyat yang mewakili parti-parti yang memperjuangkan agenda, kepentingan maruah bangsa Melayu dan Bumiputera untuk kaji semula apa sebenarnya dalam CPTPP ini. Jangan jual negara!” tegas beliau.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, CPTPP berpotensi membantutkan perkembangan GLC tempatan berikutan terdapat dua perkara utama di dalam perjanjian tersebut. https://www.samudera.my/cptpp-perjanjian-pangkor-2-0-bantut-glc-tempatan/

Malah, perjanjian tersebut juga dapat mengehadkan bantuan yang sepatutnya dapat diterima oleh GLC daripada pihak Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: