Tempatan

CPTPP: Isu Halal Toyyiban Akan Jadi Tak Sampai 100%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2023 – “Nak menampung tu tetap menampung, tapi dari sudut halalan toyyiban itu kita rasa tak sampai seratus peratus,” kata Exco Tugas-Tugas Khas Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, meluahkan kegusaran mengenai persaingan yang akan berlaku apabila Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) dilaksanakan.

“Kita ambil contoh ayam. Bila kita tampung untuk keperluan ayam, kita tak pasti sebab ayam tak datang hidup-hidup, ia dalam bentuk frozen. Kita tak tahu adakah kaki itu datang daripada mana, hati itu datang dari mana, isi kepak datang dari mana.”

BACA JUGA: CPTPP: Mana Suara Parti Politik Melayu?

BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH

BACA JUGA: 21 Maut Diserang Virus Misteri

Katanya lagi, dari satu sudut, ya, ia dapat menampung keperluan tetapi dari sudut satu perkara lagi, bahagian-bahagian untuk seekor ayam itu kita dapat dari pelbagai negara, sebab kita nak memenuhi keperluan semasa iaitu kekurangan bekalan ayam.

Selain itu, Abdul Rashid Yob turut menyentuh mengenai Dasar Agromakanan Negara yang menurutnya akan membantu sosioekonomi dan sekuriti makanan untuk rakyat negara ini.

“Dasar Agromakanan Negara banyak mengangkat usahawan-usahawan kecil bumiputera dan sebagainya. Kenapa kita tak follow Dasar Agromakanan Negara dan cuba capaikannya? Kenapa kita nak pergi ke benda lain tapi tak laksanakan dasar yang kita tengok dah ok, tapi pelaksanaan implementasinya itu, persembahannya ataupun kita kata presentasinya, ke mana hala tujunya?” soal beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: