Tempatan

CPTPP: ISDS, Undang-Undang Malaysia Dibakulsampahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Mekanisme Investor-State Dispute Settlement (ISDS) daripada Perjanjian Comprehensive and Progressive Trans-Pacific Partnership (CPTPP) dapat menyebabkan kerajaan menjadi bimbang untuk menggubal dasar, peraturan mahupun undang-undang walaupun ianya merupakan langkah yang melindungi kepentingan rakyat.

Keadaan ini kebiasaannya dipanggil dengan istilah ‘policy chill’. Melalui ISDS, kes-kes saman yang dihadapi oleh pihak kerajaan akan diadili oleh para peguam swasta dan bukanlah dikendalikan oleh hakim kerajaan di mahkamah tetap kerajaan.

BACA JUGA: Tol Percuma Jumaat dan Sabtu Ini

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Teks Perlembagaan BM: Tidak Sah Tanpa Persetujuan Sabah, Sarawak – Wilfred Madius Tangau

Disebabkan hal ini, maka kes yang menyebabkan pihak kerajaan disaman oleh pihak pelabur tidak perlu dibawa ke mahkamah tempatan.

Mana-mana dasar yang dibuat oleh kerajaan bagi tujuan melindungi rakyat yang bertentangan dengan perjanjian CPTPP berpotensi untuk dikenakan saman melalui mekanisme ISDS ini.

Justeru, penjanjian ini dapat menyebabkan pihak kerajaan menjadi takut untuk menggubal dasar yang melindungi atau memberi faedah kepada rakyat, yang mana ianya bertentangan dengan kandungan perjanjian CPTPP ini.

Mesir sebagai contoh, negara tersebut telah disaman oleh Veolia pada tahun 2012 berikutan tindakan Mesir membuat keputusan menaikkan gaji minimum pekerja yang mana tindakan tersebut telah menyebabkan pengurangan keuntungan bagi syarikat Veolia. https://www.isds.bilaterals.org/?veolia-vs-egypt-minimum-wage

Pihak Veolia kemudiannya menuntut pampasan sebanyak 175 juta Euro. Walaupun Mesir telah menang dalam tuntutan tersebut, namun perbicaraan kes itu yang berlarutan selama 6 tahun dapat memberi pelbagai pengajaran bagi negara lain dalam hal berkenaan mekanisme ISDS ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: