Tempatan

CPTPP: Masa Depan Sekuriti Makanan Bakal Terjejas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Koordinator, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad meluahkan kerisauannya akan sekuriti makanan jika Kerajaan tetap terus dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Kalau kita masih lagi bersifat tak peduli, tunggu dan lihat dah saya risau bila kita dah kena, bila kita punya food security dah dikuasai oleh pihak lain, lepas tu baru kita nak sibuk-sibuk nak keluar CPTPP dan sebagainya, kita dah kita dah terlambat dan selalunya begitulah. Begitulah kita punya sikap dan kita jangan ulang balik tapi kita yang nak sebegitu.”

Kenyataan ini dikeluarkan semasa sesi Perbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0 bertajuk “CPTPP: Penjajahan Alaf Baharu, Siapa Untung, Siapa Rugi?” yang berlangsung secara atas talian pada hari Isnin baru-baru ini.

BACA JUGA: CPTPP: MITI Gagal Lindungi Hak Rakyat, NGO Desak Jumpa PM

BACA JUGA: ‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap

BACA JUGA: Setengah Warga Daripada 9 Negara EU Mahu Perang Ukraine Ditamatkan

Dalam sesi sama, seorang lagi panelis, Ahmad Yazid Othman, Felo Kanan Majlis Tindakan Melayu (MTEM) berkata, Kerajaan perlu diberi signal bahawa kebanyakan rakyat yang sedar menolak dan ingin Kerajaan mengkaji semula apa sebenarnya telah berlaku.

“Pandangan saya kita masih belum terlambat,” ujar beliau.

Dalam laporan berlainan, sebuah NGO, Gabungan Kedaulatan Negara menegaskan bahawa mereka amat kecewa dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meneruskan CPTPP tanpa menangani impaknya yang akan menjejaskan kedaulatan negara dan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, satu memorandum akan disampaikan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim esok, pada jam 11.30 pagi bertempat di Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: