Tol Percuma Jumaat dan Sabtu Ini
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 18 Januari 2023 – Pengguna lebuh raya bakal menikmati tol percuma di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu ini bersamaan 20 hingga 21 Januari 2023.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik itu selepas Mesyuarat Kabinet berlangsung di Putrajaya hari ini.
“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 haribulan,” katanya dalam sebuah sidang media.
Tambah beliau dalam keadaan bergurau senda, “Jadi lepas itu, tolong bayar.”
BACA JUGA: NGO Bantu Pekerja Migran, Dakwa Pengarah Songlap Dana
BACA JUGA: ‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap
BACA JUGA: RCI Buku Tommy Thomas Buang Duit, Tokoh Politik PH Bangkang
Ujar Anwar, perkara itu dibuat bagi memudahkan orang ramai yang akan pulang ke kampung, bukan sahaja rakyat kaum Cina tetapi juga Melayu, India dan kaum-kaum lain.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan jalan raya, patuh pada peraturan dan elak bilangan kemalangan yang kian meningkat setiap kali musim perayaan.