Tempatan

CPTPP: Perjanjian Bulan & Bintang Sabotaj Ekonomi Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Perjanjian ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang diratifikasikan Kerajaan dilihat berpotensi ‘mentadbir-urus’ kebanyakan aspek hal ehwal negara dalam jangka masa yang sangat panjang menjadikan ianya turut dilihat sebagai sebuah perjanjian bulan dan bintang, sama seperti perjanjian berat sebelah yang pernah dipaksakan penjajah kepada nenek moyang kita dulu.

Salah satu implikasi bagi penjanjian ini adalah ianya berpotensi untuk mengecilkan ruang dasar, di mana ianya dapat menyebabkan pembangunan ekonomi negara terganggu dan terbantut.

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan Tidak Bersungguh?

BACA JUGA: ADUN Cadang Ladang Babi Berpusat Di Wilayah Tengah Sarawak

BACA JUGA: Filem Pulau: Tidak Perlu Kaji Semula, Tiada Unsur Lucah

Hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan amat memerlukan strategi pembangunan yang dinamik dan mampan, justeru dengan menyertai CPTPP, ianya kelak akan menyebabkan dasar yang bakal dikeluarkan oleh pemimpin menjadi sempit dan amatlah terhad berikutan negara tidak dibenarkan melanggar sebarang peraturan yang terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Antara yang dapat menjadi kebimbangan sesebuah negara untuk membuat dasar yang bersifat luas setelah menyertai CPTPP adalah ancaman untuk disaman atau dikenakan pampasan besar, berbilion ringgit di bawah sistem arbitrari ISDS.

Kebimbangan ini dapat menyebabkan satu keadaan yang dipanggil “policy chill”, di mana dasar yang sepatutnya dibuat bagi melindungi rakyat tempatan bakal terdedah dan didapati bertentangan dengan isi kandungan perjanjian tersebut.

Antara dasar yang berpotensi terkesan akibat penyertaan di dalam perjanjian tersebut adalah dasar gaji, dasar perindustrian nilai tinggi, dasar perlindungan industri domestik, dasar Bumiputera, dasar penstrukturan ekonomi dan pelbagai lagi dasar-dasar lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: