Ratifikasi CPTPP Umpama Jual Negara – Datuk Nizam Mahshar
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 23 Januari 2023 – “Dengan adanya ratifikasi CPTPP ini, kita macam yang disebut tadi, kita benar-benar telah menjual negara!”
Demikian tegas Datuk Nizam Mahshar dalam himpunan Penyerahan Amanat Rakyat Tarik Balik Ratifikasi CPTPP di Dataran Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini.
Datuk Nizam, yang sudah berjuang dalam bantahan CPTPP sejak tahun 2011, mendedahkan keterlibatannya dengan ramai pimpinan daripada pelbagai latar belakang parti dan kerajaan, yang turut membantah CPTPP.
Katanya, “Waktu mereka jadi pembangkang, mereka menyokong kita membantah CPTPP. Bila mereka jadi Kerajaan, mereka lupa dan mereka nak melihat kehendak-kehendak kepada pemodal besar, kepada kepentingan foreign, kepada kepentingan asing, dan mereka takut untuk membuat keputusan.”
Malah, ujarnya, orang-orang yang membantah CPTPP juga berada dalam Kerajaan hari ini.
BACA JUGA: Larang Beri PrEP Pada Pasangan Homoseks, Kumpulan Advokasi Sanggah
BACA JUGA: Ubat Batuk ‘Beracun’, Kumpulan Ibu Indonesia Saman Kerajaan, Syarikat Farmaseutikal
BACA JUGA: Tragedi Gujarat, Modi Dituduh Gagal Halang Kejadian Ragut Nyawa 1,000 Orang
“Mereka sebenarnya sebelum ini komited, malahan sebahagian daripada mereka telah berdiri di atas pentas bersama-sama dengan kami sejak daripada 2011 hingga pada hari ini, konon-kononnya membantah kepada agenda yang akan meruntuhkan, yang akan merosakkan ekonomi negara, dan juga prinsip kedaulatan negara,” tambah beliau.
Lantaran itu, Datuk Nizam menekankan, “Ini adalah masa pembuktian kepada Kerajaan pada hari ini, kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa mereka berani untuk memastikan kepentingan rakyat itu didahulukan, kepentingan ekonomi tempatan itu didahulukan.”
“Sekarang ni duduk dalam Kerajaan dah, buktikan bahawa apa yang anda perjuangkan betul-betul untuk rakyat!” tempelak beliau.