Tempatan

Trailer Filem “Pulau” Tidak Sesuai Untuk Tayangan – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 19 Januari 2023 – Trailer filem genre seram berjudul “Pulau” yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak sesuai ditonton, menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Pada pendapat saya, kita mungkin perlu menyemak beberapa SOP kerana jelas berlaku satu pelanggaran di sini dan saya telah difahamkan bahawa kelulusan LPF telah diberikan pada September lalu, sebelum saya menjadi menteri, sebelum Kerajaan sekarang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa dirinya tidak boleh bercakap untuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) berikutan ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

BACA JUGA: ‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Bencana ASF Pulau Pinang: Lagi 4 Ladang Babi Dijangkiti

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan hari ini, tetapi ia bukan dalam aspek penapisan. Apa jua prosedur yang dipantau oleh FINAS adalah berdasarkan SOP antara LPF dan FINAS,” jelas beliau.

Fahmi berkata lagi, beliau telah pun menghubungi pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit sudah pun bersetuju untuk menarik trailer sedia ada dan menggantikannya dengan suntingan baharu.

Difahamkan juga, terdapat beberapa babak yang telah dipotong namun entah bagaimana ia berjaya dimasukkan ke trailer, kata Fahmi.

“Saya telah meminta FINAS mengkaji perkara ini, meneliti semula dan menyusun semula SOP nya. Kami tidak mahu perkara ini berulang lagi. Kelulusan diberikan tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian.”

Filem “Pulau” yang dijadual ditayangkan pada 9 Mac ini mendapat kritikan baru-baru ini berikutan terdapatnya babak yang kurang sesuai untuk dijadikan tontonan awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: