Tempatan

CPTPP: Mana Suara Parti Politik Melayu?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – Parti politik Melayu yang diharap untuk memperjuangkan kaum bumiputera sendiri telah menandatangani Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) untuk menyertai perjanjian tersebut.

Demikian respon Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman bagi menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan samudera.my iaitu kenapa parti politik tidak hadir ke hari penyerahan memorandum membantah ratifikasi CPTPP.

BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH

BACA JUGA: PTPP ‘Gugat’ Konsep Malaysia Madani PMX – Sekretariat MAMPIR

BACA JUGA: Ratifikasi CPTPP Umpama Jual Negara – Datuk Nizam Mahshar

Tambah beliau, rakyat kini dalam dilema kerana mengharapkan parti politik yang gagal memperjuangkan, menegakkan hak dan menolak yang batil kerana terpaksa mengikut apa yang diputuskan oleh ketua-ketua mereka.

Jangan dengan meratifikasi CPTPP ini nanti akan menjadi bukti dan tanda kecuaian dalam memperjuangkan dasar yang akan membela agama, bangsa dan tanah air, nasihat beliau lagi.

Justeru, Ahmad Yazid menyeru semua khususnya ahli-ahli politik dari parti-parti Melayu untuk mengkaji semula langkah ini, di mana beliau menjelaskan bahawa kaum yang paling terkesan dari langkah meratifikasi CPTPP ini adalah kaum bumiputera sendiri.

Terdahulu, sebuah perhimpunan aman diadakan di perkarangan Kompleks Seri Perdana Putrajaya bagi membantah ratifikasi CPTPP oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Puluhan wakil kumpulan NGO yang diketuai oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkumpul bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: