CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – “Saya bersama dengan Gabungan Kedaulatan Negara hari ini membantah gerakan meratifikasikan CPTPP kerana CPTPP ini akan mengancam lebih kurang 1.15 juta SME dalam negara ini,” kata Mohd Zai Mustafa, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Beliau turut mendakwa, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) ini adalah merupakan perjanjian yang sama seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) terdahulu.
BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah
BACA JUGA: Ayam Malaysia Suka Bertelur Untuk Pasaran Eksport Berbanding Pasaran Domestik?
BACA JUGA: CPTPP ‘Gugat’ Konsep Malaysia Madani PMX – Sekretariat MAMPIR
“Maka kita seru Perdana Menteri pada hari ini supaya mengkaji semula CPTPP ini kemudian bentangkan kepada awam khususnya kepada NGO-NGO yang pada hari ini sama-sama membantah CPTPP ini kerana kita ada maklumat bahawa CPTPP ini adalah agreement yang sama seperti TPPA dulu.”
“Perkara yang sama tidak ada dibuang pun dalam agreement tersebut dan perkara-perkara itu telah mengancam ekonomi negara, ekonomi tempatan, PKS, SME yang berjumlah lebih 1.15 juta,” jelasnya sewaktu himpunan Penyerahan Amanat Rakyat Tarik Balik Ratifikasi CPTPP di Dataran Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini.
Katanya lagi, Small Medium Enterprise (SME) yang sebelum ini dibantu oleh pihak Kerajaan untuk menstabilkan serta menaikkan mereka akan mula terancam sekiranya perjanjian ini ditandatangani.
Bahkan, perjanjian itu juga akan mengakibatkan polisi dan dasar Kerajaan untuk membangunkan SME ini menjadi ranap dan hancur.
Demikian itu, beliau dengan tegasnya membantah CPTPP ini demi kedaulatan negara serta kestabilan SME dalam negara ini yang dilihat penting untuk dijaga.