Tempatan

8,900 Hektar Sawah Padi Musnah, Pesawah Kelantan Rugi RM58 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 12 Jun 2024 – Pesawah di enam jajahan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM58 juta apabila hampir 8,900 hektar sawah padi mengalami kemusnahan akibat kemarau.

Menurut Pengerusi KADA, Muhammad Hussain berkata, “Saya dan seluruh warga kerja KADA memandang serius akan perkara ini. Sehubungan itu, KADA telah membentangkan satu laporan dan cadangan bantuan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk mendapatkan kelulusan di peringkat Persekutuan.”

Tambahnya, “KADA akan terus komited dan berusaha untuk mencari solusi yang terbaik untuk membantu para pesawah menghadapi kerugian yang ditanggung. Semoga bantuan yang dimohon mendapat kelulusan dari pihak kementerian.”

Dalam pada itu, pihaknya turut berharap dan mengalu-alukan sebarang usaha dan bantuan daripada mana-mana pihak terutamanya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ujar beliau, bantuan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung pesawah dan petani akibat krisis kemarau yang melanda negara sejak Mac lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: