Tempatan

PM Umum Subsidi Padi Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIT BUNTAR, 08 Ogos 2023 – Kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 kepada RM500 setiap metrik tan bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini.

Khabar gembira buat pesawah padi itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak, di Dewan Kerian Permai, hari ini.

BACA JUGA: Kes Nik Elin: JHEAIK Diarah Jadi Pencelah

BACA JUGA: Pemancing Temukan Barang Kemas Lama Era Ratu Victoria Di Lipis

BACA JUGA: Si Hulk Cari Suaka Di New Zealand, Cuba Kuasai Sebuah Masjid

Turut dihadiri pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahun lalu.”

“Alhamdulillah, kini sudah jadi Menteri Kewangan subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500,” katanya.

Anwar menyifatkan, peningkatan SSHP sebanyak RM140 yang diunjur itu membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun, adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kementerian bercadang akan menambah peruntukan bagi pelaksanaan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun sebagai satu inisiatif meningkatkan pengeluaran beras negara.

“Walaupun unjuran awal RM3 bilion tidak cukup kita terpaksa tambah, kerajaan akan lakukan sebaiknya.”

“Bagaimana saya boleh umum hari ini kerana pegawai kita bertungkus lumus bekerja, merancang dan beri pandangan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Kementerian Ekonomi,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: