Islamofobia Senjata Kebencian Untuk Merampas Hak Pemerintahan Muslim
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA TERENGGANU, 25 Januari 2023 – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Islamofobia adalah merupakan sebuah “senjata baharu” yang kini digunakan oleh golongan orientalis.
Pada kenyataan yang dibuat pada dua hari lalu, beliau turut menyatakan bahawa Islamofobia kini digunakan oleh “kerajaan yang dibuat oleh penjajah”, parti-parti politik, kumpulan-kumpulan secular serta musuh-musuh Islam khususnya di internet sebagai senjata mental dalam melawan agama Islam.
BACA JUGA: 21 Maut Diserang Virus Misteri
BACA JUGA: GEMPAR! Pelampau Yahudi Kencing Di Perkarangan Al-Aqsa
BACA JUGA: Tanah Runtuh! Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau Ditutup
Beliau juga turut menyatakan bahawa Islamofobia juga turut digunakan untuk menghentikan “Islam yang sebenar” daripada memperoleh penguasaan dan mentadbir negara.
Pada kenyataan yang sama beliau turut menambah bahawa Islam tidak menggunakan paksaan dan ianya sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi mereka yang dizalimi.
Justeru, tidak wujud sebenarnya sedikitpun daripada alasan bagi fobia terhadap Islam jika ajarannya dipelajari dengan jujur dan diambil daripada sumbernya yang asli, tambahnya lagi.
Sebelum ini Hadi Awang telah membuat sebuah hantaran di Facebook yang menyatakan bahawa orang Cina bukanlah asing dengannya. Datuknya sendiri telah mengambil ramai anak-anak Cina dan dijadikan anak angkat beliau sewaktu Perang Dunia Kedua.
Beliau pada hantaran yang sama turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan menyatakan bahawa sambutan tersebut seharusnya digunakan untuk merapatkan lagi rakyat Malaysia.