Tempatan

‘Melayu Bodoh, Otak Udang’ Nelayan Malaysia Dihina Penguat Kuasa Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 26 Oktober 2022 – Pihak berkuasa Singapura dikatakan melemparkan kata-kata kesat serta penghinaan seperti ‘Melayu Bodoh’ dan ‘Otak Udang’ terhadap nelayan tempatan dalam pertengkaran di antara mereka susulan kejadian yang berlaku di luar kawalan, lapor sebuah agensi media tempatan.

Faizan Wahid, 41 antara nelayan yang terlibat mengakui rasa kesal timbul dalam dirinya kerana dilayan seolah-olah tidak mempunyai harga diri hanya kerana memilih nelayan sebagai karier dalam mencari rezeki.

“Mana boleh begitu, memang kita ini nelayan tetapi kita mana ada masuk tempat dia, lepas itu marah-marah cakap otak macam udang. Siapa yang tak marah. Kita ini nelayan, ini rezeki kita.”

“Punca pertengkaran itu adalah sikap mereka yang tidak baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamsul Raihan Mohd. Noor, 40, berkongsi, beliau bersama sembilan lagi rakannya berasa marah apabila penguat kuasa negara berkenaan melontarkan kata-kata kesat sedemikian dan memaklumkan bahawa,

“Jaring yang kita pasang memang dalam perairan Malaysia, tetapi faktor arus menyebabkan kita tidak dapat pastikan ia hanyut ke mana, mungkin kekal dalam perairan Malaysia atau mungkin masuk sedikit ke perairan Singapura.”

“Dalam pukul 5.30 petang, mereka datang, minta kad pengenalan dan beritahu kita sudah memasuki perairan Singapura. Apa yang saya kesalkan adalah sikap seorang anggotanya yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat.”

“Masalah itu tidak akan berpanjangan sekiranya pegawai terbabit bertindak lebih profesional ketika menjalankan tugasnya. Saya menjadi nelayan sejak berusia 12 tahun, sepanjang tempoh itu tidak pernah saya memasuki perairan Singapura,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta pihak berkuasa untuk melakukan pemetaan dan meletakkan tanda sempadan menggunakan kaedah yang lebih jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, khususnya kepada nelayan tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: