Tempatan

Warisan Dakwa ‘Cita-Cita Anwar’ Jadi PM Punca Kerajaan PH Jatuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 05 Oktober 2022 – Ketua Penerangan Parti Warisan, Khairuddin Daud mendedahkan bahawa keinginan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

‘Cita-cita Anwar’ mencetuskan pergolakan dalaman yang menyaksikan Kerajaan PH berusia 22 bulan itu berpecah belah, jelas Khairuddin Daud yang juga memaklumkan bahawa semua orang dalam PKR mengetahui berkenaan punca kegagalan PH untuk mengekalkan Putrajaya sehingga tercetusnya Langkah Sheraton.

Tambahnya, cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri itu telah menghalang PH daripada terus mentadbir negara kerana fokus lebih terarah kepada matlamat peribadinya berbanding menunaikan manifesto pilihan raya yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Ekoran itu, PH menjadi tidak stabil dan selepas tumbang di peringkat persekutuan, beberapa kerajaan negeri tumbang termasuk Sabah.

Justeru, pengajaran yang boleh dipelajari ialah politik dalaman parti-parti negara memberi kesan langsung kepada Sabah,” kata Khairuddin Daud.

Sebelum ini, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu orang ramai di Sandakan bahawa tidak ada gunanya menyokong parti seperti DAP dan PKR kerana pemimpin mereka gagal menunaikan hak Sabah yang dijanjikan semasa PH berkuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: