Antarabangsa

Setelah 18 Tahun Larangan, Kini Berlin Benar Guru Muslim Berhijab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 30 Mac 2023 – Selepas 18 tahun larangan berhijab berkuat kuasa di Berlin, kini bandar itu membenarkan guru Muslim memakai tudung, lapor media antarabangsa.

Sebelum ini, sejak 2005, Berlin melarang guru-gurunya memakai tudung di bawah akta berkecuali yang menghalang penjawat awam memakai pakaian membawa simbol agama.

BACA JUGA: Didakwa Hina Kaabah, Kaitkan Dengan Bekas PM, Pemuda PAS Lapor Polis

BACA JUGA: Kedah Bakal Dilanda Puting Beliung

BACA JUGA: Jalan Utama Ipoh-Butterworth Bakal Dinamakan ‘Jalan Tun Dr S Samy Vellu’

Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah beberapa tahun kebelakangan ini menggariskan bahawa larangan menyeluruh terhadap tudung merupakan diskriminasi malah melanggar kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan.

Menerusi surat rasmi Jabatan Pendidikan Berlin yang dihantar kepada pengarah sekolah, secara amnya, tudung kepala dan pakaian yang membawa simbol agama dibenarkan. Ia hanya boleh dilarang dalam kes-kes tertentu sekiranya pemakaian tudung mengundang bahaya kepada keamanan sekolah.

Lanjutan itu, Jabatan Senat Pendidikan, Belia dan Keluarga memaklumkan kepada pengarah sekolah bahawa mereka harus mematuhi keputusan Mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: