Tempatan

‘Keluarga PKR’ Moto Baharu Kerajaan Perpaduan Ganti ‘Keluarga Malaysia’?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Februari 2023 – Kolumnis, Mariam Mokhtar mendakwa ‘Keluarga Malaysia’ moto kerajaan cetusan idea Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, digantikan dengan ‘Keluarga PKR’.

Perkara ini berlaku susulan tindakan ‘nepotisme’ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat khasnya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Mariam berkata, “Beliau telah memilih untuk tidak memberitahu kita tentang jawatan baru yang telah dibuat khas untuk Nurul Izzah dan kita hanya mengetahui apabila beliau bercakap di akhbar tentang pekerjaan barunya.”

Kolumnis itu juga mempersoalkan keterlibatan Kabinet dalam keputusan yang telah dibuat itu.

BACA JUGA: Ketamadunan Mesopotamia Datang Ke Alam Melayu Berbagi Ilmu

BACA JUGA: Saintis Terkejut, Mikroplastik Dikesan Dalam Salur Darah Manusia

BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’

“Mengapa Anwar tidak memberitahu kita? Adakah beliau tahu bahawa kita mungkin akan berang sekiranya beliau memungkiri janjinya untuk menamatkan nepotisme? Atau adakah dia terlalu sibuk cuba memulihkan Malaysia sehingga dia terlupa?”

Bukan itu sahaja, Mariam juga mendedahkan pertimbangan pelantikan anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 Johari.

Bagaimanapun, ketika dakwaan tersebut tular, Johari menafikan lantikan anaknya sekali gus mengatakan maklumat tersebut salah dan telah disalah petik.

Dalam pada itu, Mariam berkata, apabila Anwar tahu rakyat tidak bersetuju dengan lantikan Nurul Izzah, beliau ‘mentakrifkan’ semula maksud nepotisme dan mengatakan bahawa anaknya akan bekerja secara percuma dan tidak memegang kuasa.

Namun, Mariam berpendapat, “Seperti Mahathir, Anwar adalah ahli strategi politik.”

Tegasnya, “Anwar and Johari both have a poor understanding of the word nepotism. They stretch it to mean whatever they want it to mean.”

“How disappointing that the Speaker does not protect the interests of the rakyat. Both Anwar and Johari have failed in this respect.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: