Tempatan

Peruntukan Lebih RM400 Juta Untuk Pembaikan Jalan Negeri Pahang – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 April 2023 – “Saya maklumkan lebih RM400 juta daripada RM5 bilion peruntukan tahunan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diperuntukkan kepada Pahang bagi memastikan jalan negeri berada dalam keadaan baik.”

Demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuktikan kesungguhan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang demi kelangsungan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.

Ujar beliau, sebelum ini, dalam pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta, namun kini peruntukan tersebut telah meningkat kepada RM1 bilion dikhususkan untuk Negeri Pahang.

BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja, Bermula Jumaat Ini

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari Separa Khamis Ini, JAIS Seru Tunaikan Solat Sunat Gerhana

BACA JUGA: Penyelenggaraan Lebuhraya Tidak Kritikal Dihentikan Serta Merta Hingga 7 Mei Ini

“Tambahan peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan itu dapat dilakukan kerana hasil negara melonjak selepas ‘orang besar’ mula membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” maklumnya ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam Negeri Pahang di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan semalam.

Tambah Anwar, Kerajaan turut memberi kelonggaran kepada kerajaan Pahang untuk menggunakan peruntukan MARRIS bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak akibat banjir seperti membeli jambatan bailey.

Ini berikutan Pahang antara negeri yang sering dilanda bencana banjir setiap tahun yang mengakibatkan pelbagai kerosakan kepada kemudahan awam, jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: