Tempatan

Lina Joy Rela Murtad, Anak Mualaf Cuba Dimurtadkan Secara Paksa – Azdy Mohd Arshad

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 04 Mac 2022 – “Lina Joy ni dia murtad sebab apa? Sebab dia sendiri yang nak keluar daripada Islam! Tapi untuk kes kali ini, untuk tiga budak-budak ni, depa tak rela untuk keluar daripada Islam!!” tempelak Azdy Mohd Arshad, Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang baru-baru ini dalam satu perhimpunan yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Beliau menyentuh kembali isu murtad yang pernah melibatkan seorang wanita bernama Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy dan menegaskan tindakannya untuk keluar daripada agama Islam suatu masa dulu adalah keputusan secara rela dengan pilihannya sendiri, tanpa paksaan sesiapa pun.

Walaupun begitu, keadaan amat berbeza dengan isu tiga kanak-kanak mualaf yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Menurut beliau, tiga kanak-kanak yang tidak bersalah ini, sedang cuba dimurtadkan oleh beberapa individu.

“Tapi budak-budak ni, depa tak bersalah dan depa tak berdosa tapi cuba dimurtadkan oleh tiga ekor.”

Azdy juga mendakwa kemungkinan ramai lagi yang bersepakat untuk mengancam agama Islam anak-anak ini. Justeru itu, beliau menyeru semua umat Islam untuk bersama bangkit menentang puak-puak yang cuba memurtadkan agama tiga orang kanak-kanak ini.

Terdahulu, terdapat beberapa pihak mendesak pihak Jabatan Agama Perlis memurtadkan anak-anak mualaf ini termasuklah Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).

Leave a Reply

Back to top button