Tempatan

Anak Mahu Islam, Tapi Puak Pelampau Mahu Murtadkan Mereka – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 03 Mac 2022 – Pengerusi One Centre Malaysia Perlis, Zamri Vinoth dalam satu kenyataan Selasa lepas (1 Mac) menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bersatu untuk mempertahankan akidah kanak-kanak mualaf tular baru-baru ini selagi mana mereka mahukan Islam.

Beliau berkata, akidah kanak-kanak mualaf berkenaan masih teguh. Ini terbukti apabila mereka sendiri pernah berdakwah kepada ibunya dan meminta ibunya membeli buku-buku berkaitan agama.

“Ibunya sendiri bagi kenyataan bahawa anak dia dakwah dia. Anak-anak dia suruh dia beli buku agama, beritahu dia suruh masuk Islam. Bayangkan, betapa teguhnya akidah kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu jelas mahukan Islam.” Ujarnya.

Menurut pendakwah itu lagi, ibu mereka sendiri tidak mempunyai isu tentang ini.

“Saya tengok mak dia sampai satu tahap tiada masalah pun.”

Namun menurut beliau, terdapat beberapa individu cuba menangguk di air keruh dalam isu ini dengan menimbulkan siri provokasi terhadap institusi agama dan umat Islam di Malaysia.

“Saya menyarankan semua rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin NGO dan sebagainya kita perlu buat desakan terhadap kepimpinan yang ada supaya mereka mengambil tindakan terutama sekali tiga individu ini iaitu David Marshel, Satees Muniandy dan P. Ramasamy kerena mereka telah menabur fitnah ke atas institusi agama dan orang Islam di Malaysia, kononnya berlaku penculikan dan pemaksaan dalam memeluk agama Islam.

Tegasnya, semua umat Islam di Malaysia bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah kanak-kanak mualaf ini.

Jelasnya lagi, umat Islam sepatutnya bangkit menentang sesiapa sahaja yang cuba mencabar Islam dan mengajak semua umat Islam terutamanya di negeri yang terlibat supaya bersuara dan lakukan perubahan demi agama Islam agar tiada lagi fitnah yang wujud.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: