Serangan Perkauman Dan Agama Terhadap Bukan Melayu Tidak Diambil Serius Dakwa P Ramasamy
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – “Terdapat trend yang tidak sihat di negara ini: serangan perkauman dan agama terhadap bukan Melayu tidak diambil serius seperti serangan terhadap orang Melayu, etnik atau agama mereka.”
Demikian dakwaan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr P. Ramasamy di Facebooknya.
P Ramasamy juga mendakwa bahawa pihak polis mungkin hanya menjalankan siasatan untuk menunjukkan bahawa mereka menyiasat semata-mata untuk meredakan ketegangan etnik.
Sedangkan terdapat banyak masalah perkauman dan agama yang tidak dapat diselesaikan, dakwa P Ramasamy lagi dalam hantarannya hari ini.
Sebelum ini, P Ramasamy pernah mendakwa bahawa wujudnya perkauman institusional dalam perkhidmatan awam di Malaysia keseluruhannya.
“Perkauman institusional dalam bentuk hak istimewa orang Melayu yang dimanifestasikan dalam dasar-dasar Kerajaan sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah punca utama mengapa terdapat sedikit pengambilan bukan Melayu dalam angkatan tentera.”