Tempatan

Tindakan P. Ramasamy, Tindakan Bahaya – Azib ISMA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata tindakan P. Ramasamy yang cuba membangkitkan isu anak-anak Loh Siew Hong sebagai isu agama dan isu perkauman merupakan satu tindakan yang sangat bahaya.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Beliau menyatakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa orang-orang ekstremis DAP seperti P. Ramasamy ini merupakan ‘pemain-pemain’ yang paling bahaya kerana mereka yang mengetengahkan isu ini.

Menurut beliau, tidak timbul isu di mana anak-anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa mereka. Ia bahkan sudah menjadi ajaran Islam di mana kita perlu berbuat baik kepada ibu bapa walaupun mereka belum beragama Islam.

“Ketiga-tiga anak ini telah willingly, dengan rela hati memeluk agama Islam dan tidak mahu mengikut agama parents mereka,” tegasnya lagi.

Kehadiran Naib Presiden ISMA itu di mahkamah semalam adalah untuk memberikan sokongan berkenaan isu yang melibatkan akidah umat Islam ini.

“Tadi wartawan telah bertanya saya kenapa di mahkamah? Saya menyatakan bahawa kalaulah kelompok-kelompok ekstremis DAP memberikan sokongan penuh kepada ibu mereka, kenapa tidak kita umat Islam memberikan sokongan kepada anak-anak mereka ini.”

“Oleh sebab itu, kita sebagai Islam perlu memberikan sokongan dan dokongan sekurang-kurangnya sokongan moral kepada mereka dan bantuan kepada mereka supaya mereka terus dipelihara akidah mereka dalam jagaan umat Islam,” katanya.

Ujarnya, jika puak-puak ekstremis DAP ini boleh memberikan sokongan penuh kepada ibu mereka, kita sebagai umat Islam juga haruslah memberikan sokongan penuh kepada anak-anak ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: