Tempatan

Program Matrikulasi Mendekati Sistem Aparteid – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 02 Ogos 2022 – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob harus menghentikan cakap-cakap merapu Malaysia sebagai satu keluarga kerana program matrikulasi semakin goyang menghampiri takrifan sebagai sebuah sistem aparteid,” kata Timbalan Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.

Ujarnya, sudah tiba masanya sistem matrikulasi dibuka untuk semua rakyat Malaysia.

“Sekiranya sistem itu tidak boleh ditinggalkan, maka satu sistem baharu perlu diwujudkan untuk memenuhi keperluan semua kaum di negara ini,” katanya lagi seperti dalam Facebooknya.

Kata P Ramasamy, kemasukan pelajar sepatutnya perlu melangkaui kebimbangan sempit dan rabun kaum dan agama.

“Pendidikan bukanlah semata-mata lulus peperiksaan, tetapi tentang membuka minda golongan muda akan sifat majmuk dan kosmopolitan di dunia yang dihuni.”

“Bagaimana sebuah negara boleh menghukum rakyatnya sendiri dengan menafikan kemasukan ke program pra-universiti hanya kerana mereka dilahirkan sebagai Cina atau India,” soalnya.

Ujarnya lagi, matrikulasi merupakan sebuah lagi institusi yang berusaha untuk menguatkuasakan perkauman institusi.

“Ia jelas set up perkauman tulen.”

Justeru, P Ramasamy menegaskan bahawa, jangan gunakan sistem matrikulasi untuk menghukum dan mengaibkan pelajar bukan Melayu yang tidak bersalah.

Kuota kaum yang tidak masuk akal di mana 90 peratus kemasukan untuk Bumiputera masih beroperasi, menurut beliau.

Katanya lagi, ini bermakna pelajar India dan Cina yang baik dan berkelayakan tidak mempunyai peluang untuk memasuki program matrikulasi untuk tahun ini.

Jelasnya, dipercayai lebih dari lebih 200 pelajar India straight A ditolak masuk dan hampir tidak diberi masa yang diperlukan untuk membuat rayuan ke matrikulasi.

“Sistem aparteid sepenuhnya mungkin telah dihapuskan secara rasmi dan dikebumikan di Afrika Selatan.”

“Walau bagaimanapun, beberapa ciri dari sistem aparteid mungkin wujud di Malaysia, Sri Lanka dan tempat-tempat lain di dunia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: