Antarabangsa

Indonesia Bakal Hadapi Musim Hujan Lebih Awal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 04 September 2022 – Musim hujan di Indonesia dijangka tiba lebih awal bagi kebanyakan kawasan di negara itu iaitu seawal September, berbanding sebelum ini pada bulan Oktober.

 

Berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kemuncak musim hujan diramal berlaku antara Disember dengan Januari tahun depan.

Agensi kaji cuaca itu turut meramalkan kebanyakan kawasan akan mengalami hujan biasa, manakala hampir 27 peratus zon termasuk kawasan pengeluar komoditi utama seperti bahagian selatan pulau Sumatera, timur Jawa dan Kalimantan akan mengalami hujan lebih lebat daripada biasa.

Dalam pada itu ketua BMKG, Dwikorita Karnawati menasihati orang ramai untuk memanfaatkan musim hujan yang lebih awal itu dengan memulakan penanaman lebih awal, namun memberi amaran mengenai risiko berlaku banjir.

“Meskipun tanpa hujan lebat, ia juga boleh menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.”

Dunia kini mengalami keadaan cuaca tidak menentu. Baru-baru ini samudera.my melaporkan ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang diramalkan berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh 3 hari berturut-turut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: