JAGA-JAGA Ribut Petir & Hujan Lebat Langgar Malaysia Hingga Esok
KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 14 Februari 2023, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Manakala Amaran Hujan Berterusan tahap Waspada pula dikeluarkan bagi Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 15 Februari 2023 ini.
BACA JUGA: Mesej Tular Taktik Samun Terbaru Penyamun Tidak Benar
BACA JUGA: Dua Lagi Kapal Selam Akan Dibeli Demi Keselamatan Maritim Negara – Menteri Pertahanan
BACA JUGA: Belanjawan 2023 Akan Kurangkan Beban Hidup Rakyat Tanpa Keluar KWSP – Rafizi Ramli
Di Sarawak, kawasan yang dijangka dibadai hujan berterusan sehingga 15 Februari adalah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
Manakala, di Sabah pula, amaran hujan berterusan tahap waspada berkuat kuasa dari 15 hingga 17 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan seperti Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Semalam, kejadian kepala air akibat hujan lebat mengakibatkan kawasan penempatan dan premis di Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik di Pahang dilanda banjir berlumpur.
Berikutan itu, Jalan lama Bentong – Kuala Lumpur terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan di FT68 Seksyen 43.4, selepas laluan naik ke Janda Baik.