Tempatan

Sayur Bakal Naik Harga Pada Musim Hujan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 07 September 2022 – Kekurangan hasil tanaman sayur di seluruh negara susulan hujan lebat yang berterusan di Malaysia sejak beberapa minggu kebelakangan ini dijangka akan menaikkan harga sayuran tersebut.

Presiden Persatuan Pemborong Sayur Malaysia, Steven Lee memberitahu, bekalan sayur merosot antara 20 dengan 30 peratus, terutamanya di ladang yang tidak terlindung dan di kawasan terbuka.

“Secara keseluruhannya, hujan yang tidak henti-henti mengurangkan bekalan. Ini bermakna bekalan sayur-sayuran seperti bayam, bok choy, kacang panjang dan bendi akan terjejas.”

Sependapat dengan Steve, Pengerusi Persatuan Petani Sayur Yong Peng, Cheng Tai Hoe memaklumkan hasil tanaman petani di sebelah utara Johor merosot sebanyak 20 peratus pada bulan Ogos.

Beliau menambah bahawa cuaca tahun ini tidak dapat diramal kerana hujan seperti lebih kerap baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa hujan lebat hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu.

“Kalau hujan lebat sehari dalam satu minggu, tidak apa-apa kerana kita boleh mengatasinya. Namun ia sudah berterusan selama beberapa hari,” kata Cheng.

Jelasnya, permintaan yang melebihi bekalan akan menyebabkan harga meningkat naik.

“Sebagai contoh, terdapat pesanan untuk 10kg timun dari ladang saya tetapi kita hanya ada bekalan sebanyak 5kg. Akhirnya, hanya mereka yang boleh membayar lebih akan dapat membeli.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: