Tempatan

PETANG INI: Hujan Lebat & Ribut Petir Melanda 11 Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Oktober 2022 – 11 negeri bakal dilanggar hujan lebat, angin kencang dan ribut petir sehingga jam 6 petang ini.

Negeri-negeri tersebut adalah Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Perak, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama), Kelantan (Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Gombak, Hulu Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,  Negeri Sembilan,  Melaka,  Johor, Sarawak: Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang) sehingga 6:00 petang; Jumaat, 7 Oktober 2022,” kata Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ambun Dindang memberi amaran bahawa fasa peralihan monsun yang bermula Selasa lalu dijangka boleh menyebabkan berlakunya hujan batu dan puting beliung.

Keadaan itu dijangka berlaku pada sebelah petang khususnya di pantai Barat Semenanjung, kawasan Barat di Sabah dan bahagian tengah di Sarawak.

Ambun Dindang juga memaklumkan bahawa fasa peralihan monsun dijangka berterusan hingga awal atau pertengahan November tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: