METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Pahang, Melaka, N9 Dan Kedah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 07 Mei 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMALAYSIA) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia hari ini.
Antara negeri-negeri yang dijangka mengalami keadaan ini adalah di Negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Melaka, Kedah (Langkawi), Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau dan Tampin), Johor, Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata METMALAYSIA.
4 Mei lalu, hujan lebat berterusan kira-kira sejak 5.30 pagi menyebabkan rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air.
Seramai 168 individu daripada 31 buah keluarga terjejas dalam kejadian banjir yang berlaku pada hari raya ketiga itu.
Manakala tujuh kawasan di daerah Melaka terjejas dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama dua jam sejak pukul 7 pagi semalam.
Kawasan terjejas adalah di Kampung Telok, Bukut Katil, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Bukit Cina, Taman Peringgit Ria, Batu Hampar dan Ayer Keroh.