Tempatan

JAGA-JAGA: Hujan & Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran bahawa beberapa negeri akan berdepan dengan cuaca hujan dan ribut petir selama tiga hari berturut-turut.

Ramalan pada hari ini, 6 Julai 2023 menyatakan, Johor, Perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Bintulu) akan dilanda hujan dan ribut petir di sebelah pagi.

BACA JUGA: Kepala Air Langgar Kampung, Jam 2 Pagi

BACA JUGA: Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM

BACA JUGA: 44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya

Di sebelah petang pula, kesemua negeri bakal dibadai hujan dan ribut petir kecuali Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Cuaca sama turut diramalkan berlaku pada waktu malam.

6-julai.jpg?resize=780%2C525&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 7 Julai 2023, Jumaat, Negeri Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) akan berdepan dengan hujan dan ribut petir di sebelah pagi.

Pada waktu petang pula, hampir satu Malaysia akan dilanda hujan dan ribut petir kecuali di beberapa tempat di Sarawak.

Manakala pada waktu malam pula, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, WP Labuan) dan Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri) turut dibadai cuaca sama.

Kuching, Serian dan Samarahan pula diramal berada dalam cuaca mendung pada waktu malam.

7-julai.jpg?resize=780%2C519&is-pending-load=1#038;ssl=1

Tambah METMalaysia, ramalan pada 8 Julai 2023 (Sabtu) pula menjangkakan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai di Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada sebelah pagi.

Untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah (Sandakan dan Kudat) dan Sarawak pula, kesemua negeri ini diramalkan tiada hujan pada sebelah pagi.

Di sebelah petang, hujan dan ribut petir akan melanggar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah (Pantai barat, Kudat, WP Labuan, Pedalaman dan Sandakan) dan Sarawak (kecuali Kuching, Serian dan Samarahan).

8-julai.jpg?resize=780%2C533&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: