Tempatan

Cemas, Sebahagian Lembah Klang Ditenggelami Banjir – NADMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Mac 2022 – Detik cemas menyelubungi jutaan rakyat apabila sebahagian kawasan di Lembah Klang ditenggelami banjir kilat akibat hujan lebat yang turun pada hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), antara kawasan yang terkesan dan telah dinaiki air sehingga jam 5 petang tadi adalah di sekitar Balai Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama) dan Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.

Tambah kenyataan itu lagi, antara sungai yang melepasi paras amaran adalah:

1. Sentul – Sg Batu
2. Jambatan Sulaiman – Sg Klang
3. Lebuh Pasar – Sg Klang
4. Jalan Parlimen – Sg Gombak

Manakala sungai yang telah melepasi aras bahaya adalah di Jalan Tun Razak – Sg. Gombak.

Foto-foto dan video-video yang dikongsikan oleh orang ramai menunjukkan betapa dahsyatnya air banjir yang melimpah ke jalan-jalan raya.

Kawasan-kawasan yang dikongsikan melibatkan Kuchai Lama, Pudu, Jalan TAR Bukit Jalil dan Tasik Puteri, Rawang.

Dalam masa yang sama, pihak SMART Tunnel pula memaklumkan bahawa mereka telah menutup terowong SMART dan mengaktifkan operasi banjir.

“Kepada semua pengguna terowong SMART. Kami telah aktifkan operasi banjir dan terowong ditutup. Harap maklum. #SMARTtunnel

Akhir tahun lalu, rakyat dikejutkan dengan kejadian luar biasa yang melanda hampir seluruh negara. Antara kawasan yang terkesan teruk adalah di Taman Sri Muda dan Hulu Langat.

Menurut Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, lebih 2,000 rumah di Taman Sri Muda dilaporkan tenggelam manakala seramai 14 orang mangsa banjir meninggal dunia ketika bencana berkenaan. 12 daripadanya dilaporkan dari Taman Sri Muda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: