Tempatan

Ribut ‘Mengganas’ Di Johor Bahru, Puluhan Rumah Ranap Dibadai Angin Kuat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 01 Disember 2022 – Puluhan rumah di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri ranap selepas pusaran angin kuat membadai perkampungan itu semalam, lapor sebuah berita tempatan.

Hujan lebat dan disusuli angin kuat pada jam 3.50 petang itu telah menerbangkan bumbung puluhan rumah serta menyebabkan kerosakan pada premis perniagaan di kawasan itu.

“Saya seram sejuk melihat objek terbang di luar rumah, dalam sekelip mata angin berpusar itu bergerak laju ke arah rumah jiran,” kata seorang penduduk dari perkampungan tersebut, Razak Abdul Rahim.

Bahkan, kejadian itu turut menyebabkan mangsa ribut mengalami kerugian berikutan kerosakan yang berlaku, katanya lagi.

Bagaimanapun, ujarnya penduduk berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam bencana tersebut.

Terdapat juga pengguna di TikTok yang merakamkan kejadian ‘ngeri’ berkenaan apabila angin ribut itu dipercayai menerbangkan atap sebuah kedai.

@akmalnasir.my Kejadian ribut ‘puting beliung’ di Kg Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru.Sejurus reda saya telah ziarah bertemu mangsa-mangsa, kerosakan agak teruk melibatkan rumah-rumah, kedai dan penjaja. Moga bertabah dan banyak bersabar dengan dugaan luar biasa iniInsyallah #ParlimenJB akan usahakan sedikit bantuan sumbangan. Doakan. #fyp ♬ Allah Aghisna – Suja’i Channel Sholawat

Dalam perkembangan berasingan, beberapa bangunan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat turut mengalami kerosakan apabila bumbung di perpustakaan, fakulti dan fasiliti universiti terbang dibadai angin ribut itu.

Berikut merupakan perkongsian rakaman video daripada pengguna di Tiktok akan kejadian itu di UTHM, semalam.

@izzah8799 UTHM 30/11/2022….. #ujian #musibah_yang_takterduga ♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, Kerajaan Johor bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas di bandaraya itu menerusi tabung bencana negeri.

Beliau turut mengingatkan penduduk untuk membuat laporan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: