Kes Buli Remaja 14 Tahun: 9 Pelajar Bakal Dituduh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TELUK INTAN, 04 September 2022 – Sembilan (9) pelajar asrama sebuah sekolah menengah di Teluk Intan yang terlibat dengan kes buli pelajar Tingkatan Dua di sekolah sama akan didakwa pada hari Isnin ini di Mahkamah Teluk Intan.
Kesemua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu akan didakwa atas kesalahan buli hingga mendatangkan kecederaan.
Menurut laporan, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 14 tahun dipukul secara beramai-ramai oleh 10 orang pelajar senior serta dicederakan dengan menggunakan seterika panas.
Kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek.
OCPD Hilir Perak Asisten Komisiner Ahmad Adnan Basri berkata, polis pada mulanya telah menahan 10 pelajar, tetapi seorang daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan dan akan menjadi saksi bagi kes itu.
Kesemua suspek sebelum ini ditahan ditahan reman selama empat hari pada 25 Jun lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.