Antarabangsa

Fenomena “Churchpreuner”: Presiden Rwanda Tutup 6,000 Gereja & Masjid Buat Bisnes Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Rwanda, 30 September 2022 – “Saya telah tutup lebih 6,000 gereja dan masjid di negara saya dan saya sekarang menuntut supaya setiap ketua agama mempunyai ijazah keagamaan. Henti bermain dengan agama orang dan jadikannya satu bisnes. Rwanda sudah pun menjadi negara yang diberkati.”

Kenyataan Presiden Rwanda, Paul Kagame, itu dibuat pada 2018 selepas menggerakkan tekanan penutupan ke atas gereja-gereja dan masjid-masjid yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Paul Kagame yang suatu ketika terkejut dengan maklumat yang beliau dapati bahawa terdapat lebih 700 gereja di ibu kota negara itu dan menempelak kecenderungan membina rumah-rumah ibadat tersebut atas niat komersil berbanding memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan.

“700 gereja di Kigali? Apakah ini semua perigi-perigi yang berikan air kepada penduduk yang memerlukan?” Paul Kagame menempelak fenomena ini kerana melihat kewujudan gereja-gereja seperti ini, hanya bagi tujuan mengaut keuntungan di atas kesusahan rakyat Rwanda.

Tindakan Paul Kagame itu walau bagaimanapun menerima kritikan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan peringkat antarabangsa.

Kontroversi yang sama berulang apabila Ida Odinga, isteri bekas Perdana Menteri Kenya, mengeluarkan kenyataan pada awal Januari 2022 supaya gereja-gereja yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan ditutup dan dikawal oleh badan seliaan gereja Kenya, National Council of Churches of Kenya (NCCK).

Kami mahu rakyat Kenya untuk mengikuti agama yang didaftarkan secara rasmi dan bukan mengikut ajaran yang mana sistem agama tersebut telah dikomersilkan. Adalah amat penting supaya kita menjalankan latihan untuk semua yang akan menguruskan ayat-ayat Tuhan.”

Pada 2016, Presiden Uhuru pernah mengarahkan Peguam Negara tersebut untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin agama berkenaan isu penceramah-penceramah yang mengambil kesempatan dan melakukan eksploitasi ke atas rakyat Kenya.

“Kita ada beberapa kumpulan yang mana kerja mereka ialah untuk mendapatkan wang dari rakyat secara haram. Mesej salah mereka ialah mereka sedang menyebarkan Gospel atau ayat-ayat tuhan. Tetapi mereka hanya mengkayakan diri mereka dari hasil titik peluh rakyat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: