Tempatan

Mak Nyah Dilarang Masuk Masjid: Wilayah Juga Pertimbang Perlaksanaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KEMAMAN, 24 September 2021 – Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan memasuki masjid terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ di Wilayah Persekutuan seperti dilaksanakan di Perlis, demikian laporan BERNAMA.

“Saya bercakap dalam konteks Wilayah Persekutuan kerana itu dalam bidang kuasa kita. Negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Tambahnya, “Apa yang dilakukan oleh Perlis itu adalah satu tindakan yang boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid, mereka lelaki, kadang-kadang mereka pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai”.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 di Kemaman, Terengganu, hari ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini menyatakan bahawa golongan mak nyah diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

“Solat jemaah golongan mak nyah ini hendaklah berdasarkan jantinanya sebenar dan dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah lain,” katanya seperti dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: