Antarabangsa

Perancis Haramkan Syarikat Penerbitan Kerana Cetak Buku Sejarah Sahabat Nabi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PARIS, 25 September 2021 – Ahli politik Perancis terpaksa meneruskan siri serangan mereka ke atas rakyatnya yang beragama Islam sebagai modal memancing undi bagi menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.

Pihak pentadbiran Macron semakin terdesak memandangkan pilihan raya Presiden akan berlangsung dalam tempoh kurang 8 bulan lagi sedangkan 60 peratus rakyat Perancis tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada sekarang, menurut kaji selidik yang telah dijalankan.

Pihak pencabarnya, Marine Le Pen sedang mendahului undi populariti rakyat bagi jawatan presiden dan beliau amat terkenal dengan kelantangannya secara terbuka menentang Islam dan umat Islam.

Oleh itu, kerajaan pimpinan Macron sedang terdesak untuk menekan umat Islam dengan harapan perbuatan itu dapat meraih kembali sokongan rakyat Perancis bagi memastikan mereka dapat kekal berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin mengumumkan di media sosial akan langkah terbarunya mengharamkan salah sebuah badan penerbitan Islam kerana telah menerbitkan buku yang menceritakan tentang sejarah hidup dan ketokohan Khalid ibn al-Walid, seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

Menurut Menteri tersebut, buku tersebut menunjukkan bahawa kakitangan editorial badan penerbitan “Nawa Editions” mempunyai sikap “menentang kemajmukan” dan “secara terangan menentang nilai-nilai Barat,” selain “mengedarkan kerja-kerja yang mengesahkan jihad.”

Pihak kerajaan Perancis juga telah mengambil tindakan membekukan akaun bank para penulis selain membekukan semua aset cair yang dimiliki oleh syarikat penerbitan tersebut.

Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan umat Islam memandangkan Perancis sentiasa meraikan tokoh-tokoh mereka yang terkenal dengan kekejaman ke atas umat Islam di negara-negara yang dijajah mereka pada zaman kolonial beberapa dekad yang lalu.

Tetapi umat Islam pula sentiasa akan dianggap sebagai pelampau agama sekiranya mereka cuba untuk menerbitkan atau meraikan tokoh-tokoh agama yang penting kepada sejarah dan identiti umat Islam.

Baru-baru ini, badan kebajikan terbesar umat Islam di Perancis, Baraka City telah ditutup hanya kerana media sosial Baraka City mempunyai 715,000 pengikut, dan pihak kerajaan khuatir sekiranya badan tersebut boleh mempengaruhi para pengikutnya untuk melakukan keganasan.

Selain itu, pihak kerajaan Perancis juga sedang meningkatkan usaha mereka untuk menekan masjid-masjid di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: