Antarabangsa

Bapa Ke Gereja, Tembak 3 Anak Kecilnya Lalu Bunuh Diri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 Mac 2022 – David Mora Rojas, 39 tahun, dilaporkan telah memasuki sebuah gereja lalu menembak mati tiga orang anak perempuannya, penjaga kanak-kanak tersebut lalu menembak mati dirinya.

Menurut AP pihak polis menyatakan kanak-kanak terbabit yang masing-masing berumur 9, 10 dan 13 tahun berserta penjaga mereka dipercayai ditembak pada jam 5 petang waktu AS.

Pihak penyiasat menyatakan bahawa bapa tersebut telah dikenakan perintah mahkamah yang menghalangnya dari bertemu anak dan isterinya, namun pada hari tersebut dia mendapat kebenaran untuk bertemu di bawah pemantauan.

Pembunuhan kejam di wilayah Sacramento, California, tersebut mencetuskan kekecohan masyarakat setempat. Namun ia sebenarnya adalah kes pembunuhan beramai-ramai yang ke-70 direkodkan di AS pada tahun 2022.

Harrison Barnes, pemain bola keranjang profesional kelab Sacramento Kings, sebuah kelab bola keranjang tempatan, meluahkan kekesalan beliau terhadap peristiwa tersebut.

“…lagi tindakan kejam yang tidak berakal.” Ujarnya dalam sebuah ciapan di laman Twitter.

Leave a Reply

Back to top button